Ucapan Sempena Milad SALIMAH ke 4
6 Jamadilawal 1435 Hijriah / 8 hb Mac
2014 Masehi
Tuan Haji Mohd Azmi Abdul Hamid
Penasihat SALIMAH Malaysia
الْحَمْدُ للهِ رَبِّ العَالَمِينَ، أَرْسَى لَنَا
النَّهْجَ القَوِيمَ، وَحَثَّ عَلَى إِصْلاَحِ ذَاتِ البَيْنِ، وَنَهَى عَنِ الفُرقَةِ
وَالخُصُومَةِ بَيْنَ المُسلِمِينَ، وَنَشْهَدُ أَن لاَّ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ
لاَ شَرِيكَ لَهُ، حَذَّرَنَا مِنَ القَطِيعَةِ، وَأَمَرَنَا بِالتَّصَافِي وَالخُلُقِ
الحَسَنِ، وَنَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا وَنَبِيَّـنَا مُحَمَّدًا عَبْدُ اللهِ وَرَسُولُهُ،
صَفْوَةُ الخَلْقِ وَسِرَاجُ المُهتَدِينَ، أَصْلَحَ بِعَدْلِهِ بَيْنَ المُتخَاصِمِينَ،
وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ، وَعَلَى كُلِّ مَنِ
اهْـتَدَى بِهَدْيِهِ، وَاستَنَّ بِسُنَّتِهِ إِلَى يَوْمِ الدِّينِ.
Kami bermula dengan mengingatkan betapa
besarnya manfaat kehadhiran wadah Salimah di persada umat . Bukan sahaja ia
sebuah wadah sebarangan , bukan wadah penambah bilangan sejumlah Ngo malah ia
seharusnya menjadi wadah pencetak para muslimah
penggegar ummah.
Sejujurnya inilah yang kami
idamkan. Tatkala Salimah dilahirkan dipersada umat kira-kira 27 purnama yang
lalu , kini sudah berusia sekitar 810 hari, ketika kami melihat betapa ummah
mendambakan ibu yang mampu kembali mengasuh dan mengasah warga ummah untuk membesarkan dan mendewasakan ummah ,
kami tidak melihat selain Muslimah sebagai pengerakkanya yang utama.
Kerana kami yakin ditangan Muslimah sesungguhnya terletak daya
pengubah zaman dan pembentuk ketamadunan.
Mengambil perhatian
terhadap kegawatan umat masaskini tidak mungkin kita berpeluk tubuh dan
Muslimah dibiar leka dengan arus kealpaan oleh kehidupan moden yang serba
meruntuh dan menjahiliyyahkan.
Tak tersangkal lagi zaman
ini adalah era yang berciri " ziinatul
haya tiddunya " yang telah
mengikis idealisme insan Muslimah yang asalnya
sangat istimewa kedudukannya disisi Islam. Kaum Hawa yang diperagakan sebagai komoditi dalam dunia yang
sangat eksploitatif tidak boleh mendiamkan diri.
Kaum Muslimah tidak wajar
dilihat sebagai kelompok pasif dan
ditampilkan sebagai kaum Hawa yang dhaif lantaran dianggap isu-isu besar
harus dibiarkan dikendali oleh kelompok pria.
Lantaran kaum Muslimah
lebih besar menjadi sasaran kepada korban maruah, kerana dimangsakan oleh
kerakusan sistem yang hanya mengeksploitasi wanita sebagai komoditi murahan ,
maka Salimah seharusnya siap memecah
kesonsangan persepsi ini. Kerana sesungguhnya Salimah bagi perkira kami , sudah
cukup bersedia melancarkan sebuah revolusi ummah. Yakni revolusi yang berciri iqamatuddin ( menegakkan agama ) dan An-Nahdhah Al Ummah ( kebangkitan ummah ).
Yakni Salimah bakal yakin dengan semboyan
Allamal Muhammad Iqbal :
Chin O arab hamara hindustaN hamara
Muslim haiN hum watan sara jahaN hamara
Cina dan Arab milik Kita , India milik kita
Kami adalah Muslim , seluruh watan didunia ini adalah milik kita
Cabaran yang sangat besar
pasti tidak ternafikan. Menghadapi karenah ummah bukan sahaja berupa cabaran
dari luar akan tetapi juga sangat berat menangani kepincangan dari dalam.
Sebab itu kami punya
harapan besar kepada wadah Salimah ini. Menyegarkan kembali ciri-ciri gerakan
Salimah yang telah kita sepakati , membawa mesej kuat bahawa Salimah memilikki hadaf perjuangan yang luar besar berat
dan mencabar.
Izinkan kami semak semula
ciri-ciri Salimah itu sebagai ingatan kepada kita semua :
Gerakan Persaudaraan
Muslimah
Gerakan pengemblengan
Muslimah
Gerakan pengukuhan
Syakhsiyyah
Gerakan Pemerkasaan
Muslimah
Gerakan Pentarbiyyahan
Muslimah
Gerakan Pengilmuan Muslimah
Sungguh , jika seluruh
ciri-ciri ini digarap oleh setiap anggota Salimah , setiap Muslimah dari wadah
Salimah ini sememangnya wajar dinobatkan sebagai penggegar dunia. Dengan
kesolehannya menyejukkan deria ummah , dengan syakhsiyyahnya mengembalikan
izzah Muslimah , dengan semangat jihadnya melonjakkan harapan kelompok
mustadhafin , dengan tarbiyyahnya melahirkan penggerak kecemerlangan Islam
dengan semboyan " liyuz hirohu
aladdini kullih" ( mengangkat Addinul Islam di atas segala agama yang lain
)
Lantaran itu menjadi
keperluan yang sangat penting untuk para pendokong Salimah menyemaikan ke dalam benak setiap insan yang
bergabung dengan wadah agar menghayati pedoman Allah S.W.T demi melengkap
jamaah Salimah dengan seluruh syarat yang melayakkan diri untuk menjadi
pengerak dan pengislah ummah dengan mengambil petunjuk dari ayat-ayat Rabbul
Jalil :
Ali Imran : 103
وَاعْتَصِمُواْ بِحَبْلِ اللَّهِ جَمِيعًا وَلاَ تَفَرَّقُواْ وَاذْكُرُواْ
نِعْمَةَ اللَّهِ عَلَيْكُمْ إِذْ كُنتُمْ أَعْدَاء فَأَلَّفَ بَيْنَ قُلُوبِكُمْ فَأَصْبَحْتُم
بِنِعْمَتِهِ إِخْوَانًا وَكُنتُمْ عَلَىَ شَفَا حُفْرَةٍ مِّنَ النَّارِ فَأَنقَذَكُم
مِّنْهَا كَذَلِكَ يُبَيِّنُ اللَّهُ لَكُمْ آيَاتِهِ لَعَلَّكُمْ تَهْتَدُونَ
Berpegang tuguhlah kamu semua dengan tali (agama) Allah dan jangan
berpecah-belah. Ingatlah nikmat Allah kepada kamu ketika mana kamu bermusuhan pada suatu masa dahulu
lalu dimesrakannya hati sesama kamu .Akhirnya
kamu menjadi bersaudara dengan nikmat kurniaanNya. Kamu sebelumnya ditepi jurang neraka lalu Kami selamatkan kamudaripadanya.
Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayatNya , mudah-mudahan kamu mendapat
hidayah.
105:
وَلاَ تَكُونُواْ كَالَّذِينَ تَفَرَّقُواْ وَاخْتَلَفُواْ مِن بَعْدِ
مَا جَاءَهُمُ الْبَيِّنَاتُ وَأُولَئِكَ لَهُمْ عَذَابٌ عَظِيم
Jangan kamu menjadi seperti golongan yang berpecah-belah dan bertelingkah
setelah datang kepada mereka petunjuk (keterangan Allah) .Golongan itu bakal mendapat
seksa yang dahsyat.
Assaf :4
إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفًّا
كَأَنَّهُم بُنْيَانٌ مَّرْصُوصٌ
Allah memang suka orang yang berjuang di jalanNya dalam satu barisan
laksana bangunan kukuh yang tersusun rapi
Surah Al Anfal : 46
وَأَطِيعُواْ اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَلاَ تَنَازَعُواْ فَتَفْشَلُواْ
وَتَذْهَبَ رِيحُكُمْ وَاصْبِرُواْ إِنَّ اللَّهَ مَعَ الصَّابِرِينَ
Patuhilah Allah dan RasulNya. Jangan kamu bertelagah nanti kamu gagal
dan hilang keharuman reputasi kamu. Sebaliknya bersabarlah. Allah bersama orang
yang sabra.
Surah Al Anbia : 92
إِنَّ هَذِهِ أُمَّتُكُمْ أُمَّةً وَاحِدَةً وَأَنَا رَبُّكُمْ فَاعْبُدُونِ
Bahawa umat ini adalah umat
yang satu. Manakala Aku adalah Tuhan kamu maka sembahlah (Aku).
Surah Al Mu'minun : 51
وَإِنَّ هَـٰذِهِ أُمَّتُكُمْ أُمَّةً وٰحِدَةً وَأَنَاْ رَبُّكُمْ
فَٱتَّقُونِ [المؤمنون:51].
Bahawa umat ini adalah umat
yang satu. Manakala Aku adalah Tuhan kamu maka takut dan bertakwalah kepada (Aku)
Surah Hujarat 10
إِنَّمَا ٱلْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ فَأَصْلِحُواْ بَيْنَ أَخَوَيْكُمْ
وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ [الحجرات:10
Sesungguhnya orang yang beriman itu bersaudara maka pulihkanlah hubungan
sesame saudara kamu dan bertakwalah kepada Allah mudah-mudahan kamu mendapat rahmatNya.
Surah Anfal : 46
وَأَطِيعُواْ ٱللَّهَ وَرَسُولَهُ وَلاَ تَنَـٰزَعُواْ فَتَفْشَلُواْ
وَتَذْهَبَ رِيحُكُمْ وَٱصْبِرُواْ إِنَّ ٱللَّهَ مَعَ ٱلصَّـٰبِرِينَ[الأنفال 46].
Patuhilah Allah dan RasulNya. Jangan kamu bertelagah nanti kamu gagal
dan hilang keharuman reputasi kamu. Sebaliknya bersabarlah. Allah bersama orang
yang sabra.
Berlandaskan kepada Hadith yang memerintahkan umat bersatu dan menyelaraskan
diri dalam perjuangan menegakkan Islam :
قال رسول الله :
(أوصيكم بتقوى الله عز وجل والسمع والطاعة وإن تأمر
عليكم عبد فإنه من يعش منكم فسيرى اختلافا كثيرا فعليكم بسنتي وسنة الخلفاء الراشدين
المهديين من بعدي عضوا عليها بالنواجذ وإياكم ومحدثات الأمور فإن كل بدعة ضلالة
Aku berpesan kepada kamu agar bertakwa kepada Allah, mendengar (perintah)
patuh walaupun kamu diperintah oleh seorang hamba. Ini kerana siapa yang hidup nanti
selepasku akan menyaksikan banyak pertelingkahan. Oleh itu kamu berpegang teguhlah
dengan sunnahku dan sunnah para khulafa al Rashidin yang terbimbing selepas ku.
Berpegang dan pertahankanlah dengan sungguh-sungguh
. Awas jangan kamu terikut-ikut dengan perkara bid’ah rekaan baru; kerana segala
yang bid’ah itu adalah kesesatan
Akhawat sekalian
Salimah kini sudah melangkah melampaui usia tunasnya. Tatkala kita
menampilkan Salimah sebagai wadah gerakan Muslimah , kita tidak samasekali memperkecilkan
gerakerja pelbagai wadah yang sudah mendahului usia Salimah. Malah anggota
penggerak Salimah itu sendiri ramai yang sudah matang dan mendewasa bergiat
dalam pelbagai wadah yang lain.
Bagi Salimah, ini adalah
kelebihan . Kerana Salimah dapat memanfaatkan
kekayaan pengelaman dan keahlian dari semua anggota. Bermakna Salimah
tidak bermula dengan sifar.
Namun yang yang diperlukan
ialah kesediaan bekerjasama dan sama-sama bekerja dikalangan seluruh kepimpinan
dan pendokong. Disinilah kematangan bergerak dalam satu saf , sederap dan
seirama sangat diperlukan. Bermula dari niyyat yang bersih dan sahsiah yang
hanif dan mukhlis , Salimah melangkah gagah menempa sejarah , melakar masa
depan ummah.
Sebab itu semboyan Salimah
sangat jelas . Melahirkan Khairo Ummah. Bermakna ia harus bernokhtah dari
membangun jamaah yang memilikki keupayaan untuk belajar dan saling menyokong.
Akhawat sekalian
Menjadi sebuah jamaah yang
layak memikul amanah da'wah bukan mudah. Pantang larang bergerak sebagai suatu
wadah yang mengatas-namakan Islam , tidak melayakkan sesiapapun menyimpan
keinginan yang lain melainkan hanya untuk mengapai redha Illahiy.
Dengan ruh kesolehan
masing-masing , dengan merindukan syurga sebagai pendorong dan inspirasi
berjuang , dengan sahsiah mulia yang menjadi daya penarik masyarakat sasaran , kami sangat percaya , bahawa
pendokong Salimah boleh berperanan ,
mengesat air mata rakyat dan menyelamatkan umat dari derita yang tidak
berkesudahan.
Untuk yang demikian kami
percaya betapapun terlalu menggunung harapan meletakkan tanggungjawab menggubah nasib umat ke atas
bahu Salimah , akan tetapi tidak ada yang dapat menafikan bahawa beban tersebut
sudahpun dipikul oleh para Mujahiddah terdahulu sehingga mereka telah melakukan
yang terbaik untuk umat.
Memang sukar meneladani jejak
langkah Fatimah dan Khadijah, akan tetapi kita tidak diberi pilihan kerana
dengan setiap pernyataan syahadah kita , sudah cukup menjadi tanggung jawab
memikul beban untuk melakukan amal da'wah dan jihad membela agama semaksima
mungkin.
Kita harus yakin , amal
kita dalam Salimah adalah tinggi di sisi Allah, asal saja kita istiqamah tampil
sebagai mukminah.
Lantaran itu kita hanya
layak menjadi Wanita mahal di dunia, hanya ketika kita terus membawa obor
kebenaran dan keadilan . Diatas neraca iman kita tidak seharusnya teruja untuk
merebut anugerah dunia, kerana azam kita cuma satu ,iaitu mulia di sisi Allah
S.W.T
Ketahuilah , Salimah tidak
pernah menjanjikan keistimewaan apapun buat mereka yang memilih untuk bergabung
dengannya . Bukan harta , bukan gelaran , bukan pujian dan sanjungan , bukan
juga peluang untuk naik ke atas dalam jenjang pangkat yang digilai manusia
sekalian.
Hanya satu sahaja yang
terlintas dibenak kita . Dunia tidak lengkap tanpa wanita
yang membangkitkan cinta
kepada Addinul Islam. Setiap bait kata wanita solehah bak mutiara berharga.
Kita hanya mahal di dunia ini , bila kita melihat habuannya kecil dihati dan
dimata kita. Kita hanya berharga , kita hanya unggul jika kita akrab dengan Dia
, Sang Pencipta yang dicintai diatas segala kecintaan yang lain.
Mari kita menjadi bagaikan
suria . Bersinar ketika kegelapan menyelubungi umat
·
Dunia bahagia dengan
kehadhiran Salimah kerana sekecil-kecil kumpulan ini mengerakkan usahanya ,
namun ia tetap menampilkan amal murni , usaha gigih yang menjadi sebahgian
cahaya yang menyinari alam yang semakin gelap.
·
Demikian , dengan semangat
inilah , rangkap bait berikut diungkap :
Wanita yang membahagiakan dunia,
Adalah wanita yang tampil dengan imannya.
Menganjaklah wahai wanita menjadi seperti Nasibah bt Kaab,
Mujahidah perkasa yang tidak ada gentarnya,
Di mana Nabi berada di situ ada dia,
Daripada seorang tukang rawat hinggalah senjata pun turut
diangkat,
Tangisnya bukan kerna hilang anak dan suami di medan laga,
Tetapi kerna sudah tidak ada wakil yang ingin dihantarnya ke
syurga.
Bahagia bukan bila dirinya ceria,
Tetapi bila wanita seperti dia ada sumbangan untuk ummahnya.
Jangan bunuh masa depan akhiratmu dengan dosa dan maksiat.
Isilah masa sekarang dengan iman untuk masa depan yang penuh
kebahagiaan.
Mudah-mudahan menjadilah kalian, muslimah harapan, yang
dibanggakan kekasih Tuhan.
Kini umat bergolak lagi.
Gara-gara persaingan politik kotor , institusi awam diperkuda sehingga keadilan
menjadi mangsa. Mahu tidak mahu Salimah perlu mengambil perhatian terhadap
implikasi yang bakal berlaku. Sementera Salimah adalah wadah kemasyarakatan
namun perkembangan politik sentiasa harus diambilkira. Kezaliman harus
disanggah , kebenaran perlu dipertahankan , keadilan perlu ditegakkan.
Demikian penting Salimah
menyemak realiti kerana da'wah perlu mengambilkira bi'ah. Sesungguhnya kita menanggung
beban berat mengharungi pelbagai cabaran semasa diluar keupayaan kita , namun
tetap suatu peluang untuk mengasah kematangan dan kebijaksanaan kita.
Moga-moga Milad kita kali ke 4 ini diberkati . Moga setiap kali
liqa' kita , menambah kecintaan kita kepada Dinnul Islam , menambat rasa kaseh
kita sesama kita , mengkrabkan kita dengan aqad kita kepada Salimah ,
meningkatkan kesiapsagaan kita menghadapi cabaran demi membela Agama Allah.
Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.