PENGENALAN

SALIMAH hadir untuk menjadi suatu wadah dalam menangani kemelut kemanusiaan yang sedang melanda umat. Yakni, melalui pembinaan semula Muslimah sebagai suatu gerakan yang dinamik dan serba melengkap, adalah diharapkan kaum Muslimah seluruh Malaysia malah seantero dunia dapat digembleng untuk melakar semula kegemilangan ummah yang sedang dilanda pelbagai krisis. Dari krisis nilai diri dan pandangan alam yang sudah jauh menyimpang sehingga kepada krisis institusi kekeluargaan serta kepimpinan Muslimah yang sangat rapuh.



Visi



  • Membentuk sebuah ummah yang memenuhi segala ciri-ciri masyarakat mithali dalam seluruh aspek kehidupan berdasarkan landasan dan pedoman Al-quran dan As-sunnah selengkapnya.

Misi

  • Menyebarkan tarbiyyah Islamiyyah kaum Muslimah keserata pelusuk negara dan lapisan masyarakat.
  • Membentuk bi'ah solehah 
  • Menyediakan sarana dan wahana ketamadunan islamiyyah.

Gerakerja SALIMAH.

  • Membanteras kerosakan akidah umat
  • Mengukuhkan instituisi keluarga
  • Memerangi keruntuhan akhlak.
  • Mengukuhkan keberkesanan pendidikan Muslimah.
  • Melayani kelompok Muslimah akar umbi.
  • Mempengaruhi pembuat dasar dan penggubal undang-undang.
  • Mengaktifkan proses pengilmuan melalui Halaqah Ta'lim Salimah.
  • Mendekati dan memulih Muslimah bermasalah.
  • Mengukuhkan proses pembinaan kepimpinan Muslimah berketrampilan.