SALIMAH DAERAH (cawangan)


1. Pengerusi Salimah Ranau            - Ustazah Hamidah Abdul Hamid
2. Pengerusi Salimah Kota Belud     - Puan Noraziah Gintua
3. Pengerusi Salimah Tamparuli       - Puan Hajah Kartina Hj Haddis
4. Pengerusi Salimah Pitas               - Cik Sofiana Ahmad Yasin
5. Pengerusi Salimah Kota Kinabalu - Puan Helina Madtutuh

LAMAN UTAMA

Persatuan Persaudaraan Muslimah Malaysia (SALIMAH)  merupakan salah sebuah badan bukan kerajaan (Non-Government Organisation) yang bernaung di bawah Malaysian Consultative Council Of Islamic Organization (MAPIM) dan telah berdaftar sebagai sebuah pertubuhan secara rasmi pada 17 Mac 2011 dengan no.pendaftaran 1384-11-sel.


PENGENALAN

SALIMAH hadir untuk menjadi suatu wadah dalam menangani kemelut kemanusiaan yang sedang melanda umat. Yakni, melalui pembinaan semula Muslimah sebagai suatu gerakan yang dinamik dan serba melengkap, adalah diharapkan kaum Muslimah seluruh Malaysia malah seantero dunia dapat digembleng untuk melakar semula kegemilangan ummah yang sedang dilanda pelbagai krisis. Dari krisis nilai diri dan pandangan alam yang sudah jauh menyimpang sehingga kepada krisis institusi kekeluargaan serta kepimpinan Muslimah yang sangat rapuh.