LAMAN UTAMA

Persatuan Persaudaraan Muslimah Malaysia (SALIMAH)  merupakan salah sebuah badan bukan kerajaan (Non-Government Organisation) yang bernaung di bawah Malaysian Consultative Council Of Islamic Organization (MAPIM) dan telah berdaftar sebagai sebuah pertubuhan secara rasmi pada 17 Mac 2011 dengan no.pendaftaran 1384-11-sel.


SALIMAH Negeri Sabah telah di rasmikan dan di lancarkan pada 27 Oktober 2013 oleh Yang Berbahagia Ketua Penolong Pengarah merangkap Ketua Pendaftar Bahagian Pentadbiran Syariah, Tuan Haji Baharuddin Bin Haji Alwi ; mewakili Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEINS), Datuk Amri A. Suratman.Pelancaran dan perasmian telah bertempat di Dewan Tun Sakaran, Hotel Tabung Haji, Kota Kinabalu.

Dalam Majlis ini, seramai 150 orang yang terdiri daripada penduduk kg kawasan Sembulan, Badan bukan kerajaan, Kakitangan awam dan swasta serta ahli-ahli SALIMAH Malaysia pelbagai negeri telah hadir bagi memeriahkan lagi majlis. Penyerahan sumbangan berupa peralatan solat kepada penduduk kampung yang hadir dan sumbangan serta cenderahati kepada Badan bukan kerajaan telah disampaikan oleh Yang Dipertuan SALIMAH Malaysia, Datin Ustazah Hajah Aminah Binti Haji Zakaria.